BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, February 14, 2010

Recipes : Lala Masak Serai

Bahan-bahan ( 3 org makan )

500 gm lala - dibersihkan dan toskan
3 batang serai - dipotong serong
3 ulas bawang putih - diketuk
1in halia - dipotong panjang
5 biji cili api - diketuk
1 sb sos tiram
1 biji bawang besar - dipotong bulat
daun bawang, tomato ceri
garam dan gula utk perasa
2 sb minyak

Cara-cara

  • Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan halia hingga wangi.
  • Masukkan serai serta cili api. Kacau hingga naik bau.
  • Masukkan sos tiram, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati dan masukkan lala. Kacau sekejap dan tutup kuali. Biarkan lebih kurang 3 minit atau sehingga cengkerang lala berubah warna.
  • Sekiranya masakan agak kering, masukkan sedikit air. Kacau hingga sebati pastu masukkan bawang besar, tomato ceri dan daun bawang.
  • Padamkan api, kacau sekejap dan terus hidang

Recipes : Ayam Paprik

Bahan-bahan

½ ekor ayam - dipotong kecil2
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi - ditumbuk
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
bahan2 perasa

Cara-cara

  • Panaskan kuali, gorengkan ayam (jgn terlalu garing).
  • Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau rata.
  • Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih dan masukkan sedikit air. Masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
  • Setelah mendidih, masukkan bawang besar dan buah tomato.
  • Semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

Recipes : Ayam Goreng Crispy

Bahan-bahan ( 6 ketul )

6 ketul ayam
*3/4 cawan tepung gandum
*1/4 cawan tepung kanji
*2 sudu kecil serbuk lada hitam
*1 sudu kecil garam
*1 sudu kecil serbuk cili
*1 sudu kecil serbuk jintan manis
*1 sudu kecil serbuk jintan putih
1/4 sudu kecil serbuk bawang putih(optional)
1 biji telur
1/2 cawan susu(fresh milk)

Cara-cara

  • Bersihkan ayam. Buang kulit kalau tak suka. Sejatkan airnya.
  • Masukkan semua bahan * ke dalam beg plastik. Tutup mulut beg plastik dan goncang-goncang biar semua bergaul sebati.
  • Campurkan susu dengan telur dan pukul sehingga sebati. Kemudian panaskan minyak.
  • Ambik 2~3 ketul ayam. Masukkan ke dalam tepung tadi. Goncang-goncangkan beg plastik, biarkan ayam bersalut dengan tepung.
  • Kemudian keluarkan ayam tadi. Celup pula ke dalam sebatian telur dan susu.
  • Masuk semula ayam ke dalam beg plastik. Goncang-goncangkan.
  • Kemudian goreng dengan minyak penuh sehingga perang atau garing.
  • Angkat dah letakkan di atas bekas yang berlapik dengan kitchen paper supaya minyak meresap pada paper.
  • Ulang langkah ke 4~5 sehingga ayam habis. Hidangkan ketika panas-panas.

Recipes : Ayam Phad Phed

Bahan-bahan ( 2 orang makan )

Bahan A (Blend)
5 biji cili padi
2 hiris halia
kunyit hidup
1 atau 2 batang serai
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Bahan B
3 keping ayam mentah dipotong dadu
1 batang serai
1 asam keping
4 helai daun limau purut
sedikit Garam dan Gula, secubit ajinomoto


Cara-cara

  • Bahan A dan tumis sehingga naik bau.. setelah kering tumisan tadi.. masukkan secawan air.
  • Kemudian masukkan bahan B, iaitu sebatang serai dititik, asam keping, ayam, daun limau purut dan garam serta gula.
  • Pastikan ayam masak sepenuhnya... Jika kurang berkuah, masukkan sedikit air mengikut citarasa sendiri. Kalau nak pedas lagi,blend cili padi lebih.
  • (boleh lebihkan asam keping, serai atau lada hitam ikut suka)

Recipes : Ayam Percik Berkuah

Bahan-bahan ( 6 - 8 orang )

Bahan A

1 ekor ayam (dipotong sederhana) - dilumurkan kunyit, garam & digoreng (jgn terlampau garing)

Bahan B (* digiling/tumbuk halus)
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
15 tangkai cili kering (dikisar)

2 batang serai (dititik)
1 biji kelapa (diambil santannya)
asam keping (4-5 keping)
gula & garam secukup rasa

Cara-cara

  • Mula-mula gorengkan ayam dan ketepikan
    Kemudian tumiskan bahan B hingga wangi
  • Masukkan 2 sudu besar cili kisar & serai dan tumiskan hingga naik minyak
  • Masukkan santan, ayam goreng, asam keping
  • Masukkan juga garam & gula secukup rasa
  • Masakkan dengan api perlahan sehingga kuah pekat.

Recipes : Ayam BBQ

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

2kg ayam
1 biji bawang besar (kalau bawang tu bersaiz kecil, guna 2 biji)
5 ulas bawang putih
2 cm halia
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 batang serai
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil garam
1 cawan gula


Cara-cara

  • Potong ayam mengikut kesukaan anda. Jika potongan tersebut besar-besar, kelar-kelar sedikit supaya ayam cepat masak. kemudian, bersih dan tos ayam tersebut.
  • Kisar semua bahan-bahan di atas sehingga hancur.
  • Masukkan bahan-bahan kisar tersebut ke dalam bekas dan campurkan dengan ayam.
  • Perap ayam tersebut 1 malam atau 2-3 malam di dalam peti ais.(lagi lama perap lagi sedap)
  • Bakar ayam di atas bara api atau dapur gas sehingga masak.

Recipes : Rendang Ayam

Bahan-bahan

1 ekor ayam-dipotong ikut suka

Bahan2 digiling:-
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
15 biji cili api
15 tangkai cili kering
1 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup

2 batang serai dititik
2 helai daun kunyit dihiris halus
4 helai daun limau purut dihiris kasar
4 cawan santan pekat
4 sudu besar kerisik
Garam, gula dan serbuk perasa (ikut suka)

Cara-cara

Masukkan ayam dan bahan giling dan serai- perap lebih kurang 1 jam.
  • Masukkan ayam ke dalam kuali.
  • Masukkan santan dan masak hingga mendidih.
  • Masukkan daun limau, daun kunyit, kerisik dan garam. masukkan juga perasa dan gula jika suka.
  • Masak ayam hingga empuk dan agak pekat. Sedia dimakan dengan pulut kuning atau nasi himpit.
  • Recipes : Cashewnut Chicken

    Bahan-bahan ( 4 orang makan )

    beberapa ketul ayam
    garam dan serbuk lada - untuk perap ayam
    tepung jagung
    3 biji cili kering - dipotong dua
    2 ulas bawang putih - dihiris
    1 biji bawang merah - dihiris besar2
    1 capsicum atau lada benggala - dipotong dadu (boleh guna capsicum merah dan hijau untuk nampak lebih cantik)
    3 sudu besar sos tiram
    2 sudu besar sos cili
    2 sudu besar sos tomato
    minyak - untuk menumis
    air
    garam dan serbuk lada secukup rasa
    kacang gajus secukupnya
    daun bawang dan daun ketumbar - untuk hiasan

    Cara-cara

    • Perap ayam dengan garam dan serbuk lada sebentar. Kemudian, salut ayam dengan tepung jagung. Deep fry ayam tadi dan ketepikan.
    • Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng cili kering dan angkatkan setelah agak kehitaman. Tumis pula bawang putih, halia dan bawang merah hingga kekuningan dan naik bau.
    • Tambah kan ayam yg telah digoreng, capsicum, sos tiram, sos cili dan sos tomato. Tambah air secukupnya. Masukkan garam dan lada secukup rasa.
    • Masukkan kacang gajus dan cili kering tadi dan teruskan memasak sehingga kuah menjadi agak pekat.
    • Hidangkan di dalam pinggan. Hias dengan daun bawang dan daun ketumbar. Siap! =)