Bahan-bahan ( 2 orang makan )
Bahan A (Blend)
5 biji cili padi
2 hiris halia
kunyit hidup
1 atau 2 batang serai
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
Bahan B
3 keping ayam mentah dipotong dadu
1 batang serai
1 asam keping
4 helai daun limau purut
sedikit Garam dan Gula, secubit ajinomoto
Cara-cara
- Bahan A dan tumis sehingga naik bau.. setelah kering tumisan tadi.. masukkan secawan air.
- Kemudian masukkan bahan B, iaitu sebatang serai dititik, asam keping, ayam, daun limau purut dan garam serta gula.
- Pastikan ayam masak sepenuhnya... Jika kurang berkuah, masukkan sedikit air mengikut citarasa sendiri. Kalau nak pedas lagi,blend cili padi lebih.
- (boleh lebihkan asam keping, serai atau lada hitam ikut suka)

0 comments:
Post a Comment