BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 11, 2011

Kari asam pedas kepala ikan

Bahan-bahan


2 biji Terung jenis panjang

250 ml Santan pekat

1200 ml Air

180 ml Minyak

1 kuntum Bunga kantan

3 helai Daun limau purut

65 gm Asam jawa

150 ml Air air asam jawa

1.2 kg Kepala ikan merah atau kerapu

8 biji Bendi- dibelah 2

2 biji Tomato-dipotong baji



Dikisar halus :

2 tangkai Cili kering - direndam air mendidih sampai lembut.

2 biji Cili merah

250 gm Bawang merah

7 ulas Bawang putih

2 cm kunyit hidup

2.5 cm Lengkuas

4 Serai

3 ½ camca besar Serbuk ketumbar

1 camca besar Jintan manis

¾ camca besar Jintan putih



Bahan perasa :

2 camca besar Kicap cair

2-3 camca teh Gula

1 kiub Pati Ikan bilis

1 camca besar Garam



Cara membuatnya



■ Potong terung 5 cm panjang. Kemudian belah dua tiap 1 dan belah tengah-tengah setiap 1. Rendam dengan air.

■ Panaskan minyak dan tumis rempah sehingga wangi.

■ Masukkan air, bunga kantan, daun limau purut dan air asam. Biarkan ia mendidih, perlahankan api dan renihkan selama 7 minit. Masukkan terung.

■ Besarkan api masukkan kepala ikan, kacang bendi, tomato dan bahan-bahan perasa serta santan pekat.

■ Apabila kepala ikan dan sayur masak angkat dari api.

Hidangkan panas-panas dengan nasi atau roti.

Ikan Kukus Berempah

Bahan-bahan



1 ekor Ikan Merah / Siakap (500 gm)

½ camca teh Garam

½ camca teh Tepung jagung


Perapkan selama10 minit



1 kuntum Bunga kantan

1 batang Serai

5 biji Cili merah Dikisar halus

2 helai Daun limau purut (a)

15 gm Halia muda

2 ulas Bawang putih



Perasa


¾ camca teh Garam / mengikut rasa

2 camca besar Gula

2 ¼ camca besar Jus limau kasturi

1 ¼ camca teh Serbuk ikan bilis (b)

¾ camca teh Tepung jagung



Sedikit minyak sawit untuk gris pinggan

Hiasan : Daun ketumbar



Cara membuatnya



■ Letak ikan di atas pinggan.

■ Campurkan bahan (a) dan (b)

■ Tuangkan rempah di atas ikan & kukus hingga masak atas api yang besar

■ Hiaskan & hidangkan panas-panas

Ayam Goreng Lada Putih

Bahan-bahan

1.5 kilogram Ayam. Dipotong kepingan.

3 sudu besar Kicap cair

5 sudu besar Kicap pekat

3 camca teh Serbuk lada putih

2 ¼ camca besar Gula

3 sudu besar Minyak masak

5 ulas Bawang putih. Dikupas & dicincang halus-halus

200 ml Air



Bahan hias

1 tangkai Daun bawang. Dipotong-potong 2.5cm panjang

1 tangkai Cili merah. Dihiris tipis-tipis

5 helai Daun salad Cina



Cara membuatnya



■ Perap ayam dengan kicap cair & pekat, lada putih serta gula selama 1 jam

■ Panaskan minyak masak & tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam yang diperap & goreng selama 3 minit

■ Tambah air & biarkan mendidih. Kecilkan api & renihkan selama 20 minit sehingga ayam empuk & kuah pekat

■ Hias dengan daun bawang, cili merah & daun salad Cina

Berpantang Secara Rawatan Tradisional di Kalangan Masyarakat Melayu

Aspek penjagaan diri bagi ibu-ibu bersalin semakin dipandang remeh dan diambil ringan oleh ramai wanita hari ni terutama amalan berurut, bertuam, bertungku, bertangas dan berbengkung. Tidak dinafikan amalan ini agak leceh, tetapi kesan dan hasilnya berpanjangan. Sekiranya penjagaan diri semasa dalam pantang bersalin diabaikan, kesannya mungkin tidak berlaku serta-merta. Namun apabila melalui kelahiran yang banyak, usia mula meningkat, daya tenaga semakin menurun, barulah terasa lenguh-lenguh dan bisa urat, sendi serta otot, sakit pinggang dan kebas tangan. Apabila keadaan ini berlaku, kebanyakan ibu menjadi dingin dan lemah tenaga batin.

Berikut adalah amalan-amalan ketika dalam pantang yang perlu dilakukan ketika berpantang.

* Bertungku
* Berurut menyegarkan badan
* Mandi Dedaun / Mandi Susu
* Lulur Scrub
* Bertangas
* Memakai bengkung
* Bertasak
* Minum air akar kayu dan jamu
* Makanan berkhasiat untuk yang berpantang

Berpantang merupakan tempoh waktu membosankan bagi setiap wanita selepas bersalin kerana menunuggu selama 44 hari ibarat bertahun lamanya. Namun bagi mereka yang tahu akan rahsia berpantang, saat ini dipergunakan semaksimanya untuk mengembalikan kecantikan dan kesihatan diri luar dan dalam.

Amalan yang diwarisi daripada nenek moyang tidak sukar dilakukan, malah dedaun dan herba yang digunakan bagi tujuan rawatan, kini boleh dibeli di pasar harian. Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk mendapatkan dedaun, rempah-ratus dan herba untuk tujuan rawatan sendiri, bolehlah mendapatkan set bersalin lengkap yang sedia dijual di pasaran. Kini terdapat pelbagai gedung kecantikan yang menjual dan menawarkan rawatan kecantikan khas bagi ibu bersalin seperrti Mustika Ratu, Lia Sari, Sari Ayu, Nona Roguy dan banyak lagi.


Bertungku

Bertuam / Bertungku dilakukan selama 2 minggu pertama selepas bersalin dengan menggunakan batu sungai atau batu tanah liat. Rahim tidak boleh ditekan, hanya dituam. Tujuannya adalah untuk membantu mengecutkannya dengan mengeluarkan darah bantal dan angin toksin.

Bertungku dilakukan dengan tekan perlahan-lahan sehingga tenggelam sedikit tungku. Mula dari bahagian hulu hati ke sekeliling pinggang. Kemudian ke cawan peha dan berakhir di tundun. Buat berulang kali selama setengah jam. Dan akhiri di peha, celahan peha, lutut, kaki dan tapak kaki. Bertungku selepas 44 hari. Bolehlah menekan dan mencungkil peranakan. Perlu dapatkan mereka yang mahir jik atidak akan menyebabkan peranakan lari atau tidak kembali ke asal. Jika tiada mereka yang mahir bolehlah memakai bengkung sahaja.

Besi atau batu tungku perlu dipanaskan terlebih dahulu selama 1/2 - 1 jam di atas api yang sederhana. Kemudian tungku perlu dibalut dengan kain cita yang telah dilapik dengan daun mengkudu yang dikenali sebagai Morinda citrifolia. Jika daun Morinda citrifolia tiada maka daun sirih iaitu nama sainsnya Piper betel atau daun lengkuas juga boleh digunakan. Kesan panas dari tungku akan meresap ke dalam daun dan sekaligus bertujuan merawat bahagian badan semasa proses bertungku.

Proses bertungku dilakukan sambil berbaring dan tungku ditekan perlahan-lahan pada sekitar pangkal paha, berhampiran ari-ari / bawah pusat dan di atas perut ( bawah buah dada ). Untuk kesan tungku yang lebih baik tapak kaki serta tumit juga perlu ditungku.


Berurut menyegarkan badan

Urutan yang baik membantu memulihkan aliran darah, mencuci dan mengeluarkan darah, angin serta lendir yang kotor dan melawasakan nifas daripada tersekat atau tersumbat. Urutan dapat menenangkan emosi, meringankan tubuh badan yang lesu dan melegakan bisa otot dan sendi.

Dilarang mengasak, menekan, memaksa atau menolak peranakan dalam tempoh 2 minggu pertama. Ini kerana peranakan masih lemah, luka dan bengkak. Hanya urut dibahu, leher, dada dan payudara. Kemudian dari bahu ke siku, lengan dan jair-jemari.

Selepas 2 minggu sehingga 44 hari baru boleh disentuh di bahagian kedudukan rahim.

Namun jika rajin kita sendiri boleh membuat minyak urut.

Berikut adalah ramuan dan cara membuatnya :-

* Minyak kelapa, dibuat sendiri menggunakan santan daripada sebiji kelapa, dimasak hingga menjadi minyak.
* 3 camca besar halba
* 4 cm halia ( Zingiber officinale )
* 4 cm kunyit hidup ( Curcuma domestica )
* 3 ulas bawang putih ( Allium sativum )
* 5 biji bawang merah ( Allium cepa )
* Tumbuk kasar halia, kunyit hidup, bawang putih dan bawang merah. Masak bersama halba dan minyak hingga panas. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kering agar tahan lama.


Mandi

Mandi tidak boleh terlalu kerap semasa berpantang. Oleh itu adalah lebih baik mandi menggunakan air rebusan dedaun ataupun mandi lulur menggunakan lulur.


Mandi Dedaun

Setelah selesai bertungku dan berurut, lebih elok mandi menggunakan air rebusan daun daripada air biasa, kerana setiap daun yang digunakan mempunyai khasiat tersendiri. Sebolehnya sepanjang tempoh berpantang, mandi hendaklah sepenuhnya menggunakan air rebusan daun atau sekurang-kurangnya selama dua minggu.

Jika di kampung, banyak daun kayu dan pucuk muda digunakan ibu atau nenek kita untuk mewangikan air mandi kala berpantang. Antara daun yang boleh digunakan adalah daun kunyit terus, daun lenggundi ( Vitex negundo ), daun secerek, daun pandan, daun lengkuas, daun serai wangi, daun pisang kelat, daun capa, daun inai ( Lawsonia terma ), daun bonglai, daun mengkudu ( Morinda citrifolia ) dan rempah halba. Sekiranya ramuan ini payah dicari di bandar-bandar maka ibu-ibu boleh mendapatkan daun-daun yang dijual di pasar atau mudah dicari di rumah-rumah jiran berhampiran.

Berikut ialah contoh ramuan yang diperlukan untuk menyediakan air rebusan untuk mandi :-

* 1/2 pelepah daun pisang kering atau daun pisang segar
* 10 helai daun limau purut
* 6 batang daun serai bersama serai
* halia muda sebesar 4 kali ibu jari
* 7 helai daun pandan wangi atau pandan biasa
* 2 helai daun kunyit hitam atau temu kunci
* seketul lengkuas atau 3 helai daunnya
* segenggam halba ( dipunjutkan )


cara menyediakan air mandi

Ambil periuk tanah ukuran sederhana. Sediakan bahan-bahan di atas. Basuh bersih-bersih dan jerangkan bersama air di atas api yang sederhana. Masukkan halba yang dipunjutkan. Setelah air panas, ambil air rebusan ini dan campurkan dengan air pili dan pastikan suhu air, suam-suam kuku sahaja.

Mandi air rebusan dedaun ini juga seharusnya mengikut petua orang tua-tua. Mulakan menjirus pada bahagian ibu jari kaki kanan dahulu diikuti kaki kanan hingga ke pinggang. Ulang pada kaki kiri. Adalah penting memulakan jirus pada bahagian kaki supaya urat tidak tersentak apabila terkena air. Kemudian ulang semula menjirus kaki hingga ke bahu kanan. proses yang sama dilakukan pada bahagian kiri dan seterusnya barulah mandi keseluruhan badan.

Daun-daun rebusan tadi boleh digunakan untuk menggosok badan agar khasiat dan harumannya meresap ke dalam kulit. Punjut halba juga boleh digunakan untuk menggosok badan kerana ia dapat membantu memejalkan otot di samping menghalang air dari masuk ke dalam badan. Adalah dipercayai amalan mandi cara ini dapat mengeluarkan angin di dalam badan, mengendurkan otot, menghaluskan kulit dan untuk tujuan awet muda.

Mandi Lulur

Sebenarnya ilmu merawat wajah dan tubuh ini telah dikenali dan diamalkan kaum wanita sejak zaman dahulu lagi umpamanya puteri raja Mesir dahulu kala menggunakan kaedah mandi lumpur yang kaya dengan mineral untuk mencantikkan kulit. Begitu juga warisan nenek moyang kita sendiri yang membuat bedak lulur menggunakan campuran tepung beras, tulang sotong dan daun nangka, bedak sejuk cekur atau bedak kulit ari daripada batang rambai untuk melulur kulit.

Sebelum mandi seluruh tubuh akan dilulur dan bahan yang terkandung di dalam lulur bertindak sebagai ‘scrub’ bertujuan membuang daki-daki yang melekat pada kulit. Dalam masa yang sama sel-sel mati akan turut tertanggal. Bagi yang berkemampuan mereka boleh mendapatkan khidmat rawatan mandian di pusat-pusat kecantikan yang terdapat di negara kita. Kebayakan ramuan mandian yang digunkan adalah berupa ramuan herba, akar kayu dan rempah ratus yang mempunyai khasiat rawatan yang tersendiri.


Bertangas

Ia dilakukan selepas mandi. Amalan ini penting agar luka dan jahitan cepat sembuh. Bahagian sulit juga cepat kering dan ketat, mengecut rahim serta otot-otot yang kembang dan mengelakkan proplase ( keluar tombong ). Berbagai ramuan boleh digunakan untuk bertangas seperti kemiyan yaman, jintan hitam, halba dan lain-lain.

Ramuan tangas:

* 9 keping asam gelugur
* 2 camca besar garam jantan
* 3 helai daun sirih ( Piper betel )
* segenggam inai ( Lawsonia terma )
* halia sebesar ibu jari ( Zingiber officinale )
* 3 biji manjakani

Caranya : Rebus semua bahan bersama air hingga mendidih. Angkat dan tangas selama kira-kira 20 minit. Untuk hasil yang baik ia dilakukan dua tiga kali sehari hingga 44 hari. Air yang sudah sejuk jangan dibuang, sebaiknya jadikan pencuci bahagian sulit.


Berbengkung

Selain dari rawatan dalaman, kita perlu juga mengamalkan rawatan luaran. Antaranya ialah pemakaian param ke seluruh badan supaya badan tidak masuk angin dan memakai pilis. Pilis disapukan memanjang menutupi dahi bertujuan untuk menghilangkan rasa pening yang sering dialami oleh wanita bersalin

Seterusnya sebelum memakai bengkung, sapukan perut dengan tapel ( ubat barut ) yang dicampurkan dengan lima titik minyak kayu putih, tiga titik minyak gandapura, kapur sirih dan perahan limau nipis. Khasiat tapel adalah untuk mengurangkan rasa sakit-sakit di perut selepas bersalin, mempercepatkan pengeluaran darah kotor, mengempiskan perut serta memulihkan kondisi kulit perut.

Selain menggunakan tapel, ramuan berjadam juga boleh digunakan untuk mengecutkan perut serta membuang angin di dalam badan sewaktu berbarut. Antara ramuan berjadam adalah seperti berikut :-

* segenggam jadam ( diperbuat dari kayu gaharu atau lidah buaya )
* halia ( Zingiber officinale ) sebesar ibu jari
* isi kunyit terus sebesar ibu jari
* tiga ulas bawang putih ( Allium sativum )
* asam jawa ( Tamarindus indica ) sebesar bola pingpong
* secawan air kosong
* periuk tembikar dan sudip


cara membuatnya:

Masukkan jadam di dalam periuk tanah. Tumbuk halia, isi kunyit terus dan bawang putih selumat-lumatnya. Kemudian gaul dengan jadam dan campur perahan air asam jawa. Jerang di atas api perlahan hingga mengggelegak.

cara menyapu jadam:

Biarkan jadam suam-suam kuku. Bentang barut dan baring di atasnya. Selepas itu sapu jadam pada seluruh perut hingga ke bahagian ari-ari. Tutup dengan kain kecil dan ikat barut dengan kemas. Seterusnya untuk lebih kemas pakailah bengkung.

Bengkung haruslah diikat ketat dan kemas meliputi bahagian punggung, perut sehingga bahagian bawah payu dara. Ini untuk mengelakkan bahagian-bahagian seperti punggung dan perut mengalami pengumpulan lemak yang membawa gejala buncit dan mengendurkan punggung. ( Rujuk lampiran 2 untuk cara-cara memakai barut dan bengkung )


Bertasak

Bertasak penting untuk memulihkan semula otot perut seperti sebelum melahirkan. Sebaiknya ia dimulakan selepas seminggu bersalin, dan diminum selepas makan. Ia hendaklah dilakukan sembilan hari berturut-turut, dua kali sehari pagi dan petang. Setiap tiga hari, bahan berlainan digunakan. Caranya, bahan-bahan ditumbuk sehingga lumat, dicampur setengah cawan air, ditapis dan diminum.

Pada hari pertama hingga ketiga, segenggam daun inai iaitu Lawsonia terma, garam jantan (secukup rasa) dan 1/2 camca teh lada hitam atau nama sainsnya Piper nigrum. Pada hari keempat hingga keenam, gunakan segenggam daun senduduk yang dikenali dengan nama Melastoma malabathricum dan garam jantan. Sementara pada hari ketujuh hingga kesembilan, bahannya adalah 5 cm kunyit iaitu Curcuma domestica, garam jantan dan 1/2 camca teh Piper nigrum.


Minum air akar kayu dan jamu

Minum ramuan ubat periuk adalah bagi membantu mengeluarkan angin, lendir dan darah kotor. Ini adalah untuk membersihkan, menyegarkan dan mengembalikan fungsi rahim di samping melawaskan sistem perkumuhan dan membantu pembuangan lemak berlebihan. Ia juga dapat memulih tenaga sekaligus dapat mengembalikan kesihatan serta kecantikan.


Makanan berkhasiat untuk yang berpantang

Jika merawat diri tetapi tidak berpantang makan samalah seperti mandi tidak bersabun. Pada minggu awal bersalin eloklah dimakan makanan yang kering bagi tujuan mengecutkan rahim. Hidangan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak tidak elok dimakan. Kalau ditanya pendapat orang tua-tua atau bidan kampung, mereka akan mengatakan ianya adalah untuk mengelakkan meroyan atau tempat peranakan menjadi licin dan tidak kembali ke tempat asalnya. Minum air batu atau minum terlalu banyak air juga akan menyebabkan urat dan peranakan menjadi kembang. Namun tidak diketahui sejauh mana kebenarannya akan perkara ini. Perkara yang nyata mengamalkan pantang makan selepas bersalin membuatkan ibu kembali sihat malahan anggun dan ceria kerana mengurangkan pengambilan lemak, gula dan minyak yang berlebihan.

Sebenarnya banyak hidangan yang boleh dijadikan menu ibu bersalin, dengan cara memasak yang berbeza, sama ada dipanggang, direbus atau dikukus. Lada hitam , halia, serai, asam gelugur dan rempah ratus adalah sebagai perisa yang dijadikan aroma serta membangkitkan selera makan ibu. Selain dari itu ulaman seperti pegaga (Centella asiatica), kunyit (Curcuma domestica), halia (Zingiber officinale), cekur (Kaempferia galanga), mengkudu (Morinda citrifolia) dan sebagainya boleh mengimbangi diet di dalam makanan ibu-ibu di samping mempunyai khasiat yang tinggi untuk tujuan rawatan semasa berpantang. Menurut orang tua-tua buah mengkudu (Morinda citrifolia) jika dimakan mentah mempunyai khasiat yang sama dengan seperiuk ubat akar kayu. Cara makannya, ia perlu dimakan dengan sedikit garam dan terus ditelan. Ia tidak boleh dikunyah kerana boleh menyebabkan mulut berasa terbakar. (Rujuk lampiran 3 untuk melihat resipi hidangan berkhasiat untuk ibu-ibu yang berpantang )

Makanan yang menyebabkan angin patut dielakkan. Angin atau dalam bahasa saintifiknya flatulence boleh didefinisikan sebagai situasi di mana seseorang terasa sangat kenyang. Menurut Mary Easaw, Pengurus Dietetik & Dietari di Intitut Jantung Negara, selain dari beberapa faktor tertentu, makanan turut menjadi penyumbang kepada masalah angin. Masalah angin yang disebabkan oleh makanan adalah berbeza dari seorang individu kepada individu yang lain.

Makanan yang menyumbang kepada penghasilan angin di dalam perut;



* Legumes - kebanyakannya dari jenis kekacang kering, kacang panjang dan kacang soya.
* Susu dan hasil susu - susu, aiskrim dan keju.
* Sayur-sayuran - kubis, lobak putih, lobak merah, kubis brussel, bawang, kubis bunga, asparagus, timun dan brokoli.
* Sayuran berubi - kentang dan sengkuang
* Buah-buahan - prun, aprikot, epal, kismis, pisang, sukun, nangka, pear dan pic.
* Bijirin dan roti - kesemua jenis makanan yang mengandungi gandum dan produk daripada gandum termasuk bijirin, roti dan pastri.
* Makanan berlemak - makanan bergoreng, lemak daging, sos krim dan sos tartar.
* Cecair - minuman bikarbonat soda, fizi, minuman bergas, ubatan atau serbuk.
* Seserat (fiber) - kacang, oat, bran dan kacang panggang.

Sunday, August 7, 2011

Pesanan Suamiku


My Calendar ~excited~


Pregnancy Tickers

Monday, August 1, 2011

RESIPI BERPANTANG 1

1. SUP IKAN HARUAN

Bahan-bahan:

1 ekor ikan haruan
2 cawan air
2 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan lada hitam – ditumbuk
3 ulas bawang merah - ditumbuk [A]
2 ulas bawang putih - ditumbuk [A]
2 sm halia - ditumbuk [A]
1 keping asam keeping
Garam secukup rasa
Daun bawang & daun sup – dihiris

Cara menyediakan:

a) Ikan dipotong dan dibersihkan dengan air asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas dengan air bersih. Toskan.

b) Panaskan minyak jagung dalam periuk. Tumiskan bahan A hingga wangi. Masukkan air.

c) Apabila mendidih, masukkan lada hitam, asam keping dan ikan. Kacau rata dan masak lagi hingga mendidih.

d) Taburkan daun bawang, daun sup dan garam. Kacau rata dan hidangkan.


2. IKAN HARUAN ASAM KUKUS

Bahan-bahan:

1 ekor ikan haruan – dibersihkan
1 cawan air asam jawa
3 sudu makan minyak jagung
2 sudu makan kicap cair
1 sudu makan serbuk lada hitam
sudu teh gula pasir
1 sudu teh tepung jagung - campurkan sedikit air
1 tangkai daun kesum
1 batang bunga kantan – dihiris
Garam secukup rasa

Bahan kisar [A]:

6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sm kunyit hidup
1 sm lengkuas
1 batang serai – diketuk
1 sudu teh lada hitam – ditumbuk

Cara menyediakan:

a) Ikan digaul dengan garam dan serbuk lada hitam. Ketepikan selama 30 minit.

b) Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bahan A hingga wangi.

c) Masukkan air asam jawa, kicap cair, gula dan garam. Bila mendidih, masukkan pes tepung jagung, daun kesum dan bunga kantan. Kacau hingga pekat.

d) Sementara itu, kukus ikan haruan tadi sehingga masak. Letak dalam pinggan.

e) Apabila kuah mendidih, tuangkan atas ikan tadi sehingga rata. Hidangkan.



3. DAGING LADA HITAM

Bahan-bahan:

500 gm daging lembu
1 biji bawang besar - dihiris
5 ulas bawang putih - dicincang halus
2 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar
1 sudu makan kicap manis
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Daging dihiris nipis dan dibersihkan.

b) Panaskan minyak jagung. Goreng daging hingga agak garing. Angkat.

c) Masukkan bawang besar dan bawang putih ke dalam baki minyak gorengan tadi. Kacau hingga wangi.

d) Kemudian masukkan semula daging, kicap, lada hitam dan garam. Kacau rata-rata kemudian angkat. Hidangkan.


4. PAIS IKAN TENGGIRI

Bahan-bahan:

2 potong ikan tenggiri (anggaran 400 gm) - dibersihkan
1 sudu teh asam jawa - campurkan 3 sudu makan air
1/2 sudu teh serbuk kunyit
3 helai daun pisang - dilayur
3 ulas bawang merah - ditumbuk (A)
1 biji cili merah - ditumbuk (A)
1 ulas bawang putih - ditumbuk (A)
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Satukan bahan A dengan serbuk kunyit dan air asam jawa. Tambah garam. Lumurkan campuran ini pada ikan hingga rata. Perapkan selama 30 minit.

b) Bungkus ikan ini dengan daun pisang. Bakar atas bara api atau dalam ketuhar dengan suhu 200 darjah C hingga masak. Angkat dan hidangkan.


5. IKAN SIAKAP PANGGANG

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap
50 ml pati santan
1 batang serai - dikisar [A]
2 ulas bawang merah - dikisar [A]
1 sm kunyit hidup - dikisar [A]
1 ulas bawang putih - dikisar [A]
1 sudu makan minyak masak
1 sudu teh gula pasir
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Perap ikan dengan separuh bahan A selama 1 jam.

b) Letak ikan di atas aluminium foil. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah C selama 15-20 minit atau sehingga masak.

c) Panaskan minyak dan tumiskan lebihan bahan A hingga garing. Masukkan santan dan kacau hingga pekat.

d) Kemudian masukkan garam dan gula pasir. Kacau rata. Sedia untuk dihidangkan dengan ikan siakap.


6. IKAN TENGGIRI GORENG HALIA

Bahan-bahan:

1 keping ikan tenggiri
4 sm halia - dihiris & digoreng
2 sudu makan minyak bijan
1-2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam

Cara menyediakan:

a) Lumur ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Biarkan selama 20 minit.

b) Panaskan minyak bijan dan goreng ikan sehingga garing. Ketepikan.

c) Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali. Masukkan ikan semula. Tuangkan kicap dan kacau rata.

d) Angkat ikan dan letak ke dalam pinggan. Taburkan halia goreng di atasnya. Sedia untuk dihidangkan.


7. IKAN GELAMA PANGGANG

Bahan-bahan:

1 ekor ikan gelama
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Sedikit garam

Cara menyediakan:

a) Ikan dibersihkan. Jika suka, kelar badan ikan supaya ikan cepat masak.

b) Gaulkan dengan garam dan basuh hingga bersih. Toskan.

c) Kemudian gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Panggang atas bara api hingga masak. Sedia untuk dihidangkan.


8. AYAM KUKUS BERCUKA

Bahan-bahan:
8 ketul ayam
4 ulas bawang putih - ditumbuk
1 sm halia - ditumbuk
3 sudu makan cuka
Garam secukup rasa

Bahan tumbuk [A]:

1 sudu makan ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Cara menyediakan:

a) Lumurkan ayam dengan bawang putih, halia dan garam. Perap selama 30 minit. Kemudian kukus ayam sehingga masak.

b) Tuangkan cuka pada ayam dan taburkan bahan A. Kukus lagi selama 5 minit.

Nota: Masakan yang mengandungi cuka sangat baik diambil oleh ibu selepas bersalin kerana dapat mengecutkan perut dan rahim.


9. AYAM MASAK BIJAN


Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam - dibuang kulit, dipotong & dibersihkan
4 sm halia tua - dihiris halus
3 sudu makan minyak bijan
1 - 2 sudu makan kicap manis
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara menyediakan:

a) Panaskan minyak bijan dalam kuali. Tumis halia hingga wangi.

b) Masukkan ayam dan kacau rata. Tutup kuali dan masak ayam selama 20 minit dengan api kecil. Tuangkan sedikit air supaya tidak terlalu kering.

c) Akhir sekali, masukkan kicap dan kacau rata. Bila ayam masak, tutup api. Tambah garam jika perlu.


10. HATI MASAK BEREMPAH

Bahan-bahan:

300 gm hati lembu
2 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan serbuk rempah kari
1 sudu teh serbuk ketumbar
4 ulas bawang putih - dikisar [A]
2 ulas bawang merah - dikisar [A]
2 sm halia - dikisar [A]
1 sm lengkuas - dikisar [A]
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Hati lembu dipotong dan dibersihkan.

b) Gaulkan hati lembu dengan bahan A, garam dan serbuk rempah yang lain sehingga rata.

c) Perapkan semalaman di dalam bekas bertutup yang disimpan dalam peti sejuk.

d) Bakar dalam ketuhar pada suhu 200 darjah C selama 30 - 35 minit atau sehingga masak.

Nota: Hati lembu menambahkan darah.


11. HALWA HALIA

Bahan-bahan:

250 gm halia - dihiris nipis
250 ml air
5 ulas bawang putih - dibakar & dibelah dua
2 sudu makan gula pasir
1 sudu teh cuka
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Celur halia dalam air panas selama 5 minit. Toskan.

b) Masak gula pasir, garam, cuka dan air hingga mendidih. Sejukkan.

c) Masukkan halia dan bawang putih ke dalam mangkuk. Tuangkan air rebusan tadi. Tutup kemas dan biarkan semalaman.


12. JUS HALIA KURMA


Bahan-bahan:

200 gm halia
20 biji buah kurma
750 ml air masak

Cara menyediakan:

a) Tumbuk halia hingga lumat.

b) Belah buah kurma dan buangkan bijinya.

c) Jerang halia, kurma dan air dalam periuk. Renehkan selama 3 jam. Bila mendidih, perlahankan api.

d) Tapis dan kemudian hidangkan panas atau suam.


13. REBUSAN MANJAKANI

Bahan-bahan:


5 biji buah manjakani
500 ml air
2 sm halia tua
2 sm kunyit tua
2 keping asam keping

Cara menyediakan:


a) Satukan kesemua bahan ke dalam periuk.

b) Jerang di atas api sederhana hingga mendidih.

c) Perlahankan api dan renehkan selama 10 minit.

d) Tapis dan minum air ini setelah suam.

Nota: Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal rahim. Tidak sesuai diminum oleh gadis/anak dara kerana ditakuti menjadi penyebab mandul.


14. REBUSAN PEGAGA

Bahan-bahan:

2 ikat pegaga
5 cawan air

Cara menyediakan:

a) Rebus pegaga dengan air di dalam periuk hingga tinggal anggaran 3 cawan air sahaja.

b) Minum apabila suam (2 kali sehari).

Nota: Minum air rebusan pegaga untuk membersihkan darah dalam tubuh ibu yang baru melahirkan anak.


15. TUMIS SAWI PUTIH


Bahan-bahan:

5 tangkai sawi batang putih - dipotong
1 sm halia - dihiris
10 ekor ikan bilis - dibersihkan
1 sudu teh minyak masak
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara menyediakan:

a) Tumiskan halia dan ikan bilis dalam minyak panas hingga garing.

b) Masukkan sawi. Kacau rata dan tuangkan air.

c) Tutup sebentar dan biarkan lembut. Tambah garam dan angkat.

Nota: Sawi putih membantu menambahkan susu ibu.


16. PERIA LADA HITAM

Bahan-bahan:

1 biji buah peria - dihiris
200 ml air
100 gm ikan bilis - dibersihkan
2 ulas bawang putih - dicincang halus
2 batang serai - diketuk
1 sm kunyit hidup - ditumbuk halus
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Masukkan semua bahan kecuali peria ke dalam kuali. Jerangkan.

b) Kacau sekali-sekala hingga mendidih.

c) Masukkan peria dan masak lagi hingga empuk.

d) Masakan hendaklah dikacau selalu bila bertambah pekat dan kering.


17. TEMPE GORENG KICAP

Bahan-bahan:

5 keping tempe - dihiris panjang
50 gm ikan bilis - dibersihkan
3 ulas bawang merah - dikisar [A]
2 ulas bawang putih - dikisar [A]
2 biji cili merah - dikisar [A]
1 sudu makan kicap pekat
1 1/2 sudu teh cuka
1 sudu teh gula pasir
Sedikit daun bawang - dihiris
Minyak masak
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Panaskan minyak dan goreng tempe hingga separuh garing. Toskan.

b) Masukkan ikan bilis dan goreng hingga garing. Toskan.

c) Tinggalkan sedikit minyak dan tumiskan bahan A hingga wangi. Jika perlu, masukkan sedikit air.

d) Masukkan tempe, ikan bilis, kicap, cuka, daun bawang, garam dan gula pasir. Kacau rata dan masak hingga kering.


18. SUP SAYUR CAMPUR

Bahan-bahan:

400 ml air
200 gm brokoli
1 biji lobak merah
1/2 biji lobak putih
1/2 batan seleri
3 helai daun kubis
Secubit serbuk pati ikan bilis
1 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan tumbuk [A]:

2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu teh rempah biji
1 sudu teh lada hitam
1/2 sudu teh jintan putih

Cara menyediakan:

a) Potong lobak merah, lobak putih dan seleri. Ceraikan brokoli menjadi berkelopak. Kubis pula dihiris kasar.

b) Panaskan minyak masak ke dalam periuk. Tumiskan bahan A hingga wangi.

c) Masukkan serbuk pati ikan bilis dan air.

d) Apabila mendidih, masukkan sayur-sayuran.

e) Bila sayur lembut, masukkan sedikit garam, kacau rata dan tutup api. Sajikan panas-panas.

Nota: Sayur-sayuran ini membanyakkan air susu ibu.

Jamu Habis Bersalin Nyonya Meneer

Sesuai dengan resep warisan dari Ibu Meneer, yang diwariskan turun temurun sampai dengan sekarang, terciptalah Paket Perawatan Jamu untuk Ibu setelah melahirkan.

Di dalam paket Jamu Habis Bersalin tersebut sudah tersedia lengkap untuk perawatan Ibu dan Bayi sampai dengan hari ke 40.

Kenapa 40 hari? Hal ini sudah dibuktikan secara ilmiah oleh para dokter... dalam istilah medis disebut sebagai Masa Nifas.

Beberapa deskripsi yang ada:
1. Masa nifas dimulai setelah kelahiran plasenta dan berakhir ketika alat-alat kandungan kembali seperti keadaan sebelum hamil yang berlangsung kira-kira 6 minggu. (Abdul Bari,2000:122).
2. Masa nifas adalah masa setelah seorang ibu melahirkan bayi yang dipergunakan untuk memulihkan kesehatannya kembali yang umumnya memerlukan waktu 6- 12 minggu.


Karena itulah diciptakan Jamu untuk perawatan Ibu sehabis melahirkan sampai 40 hari
Perawatan untuk ibu tersebut berguna untuk memulihkan kondisi Ibunda agar dapat kembali seperti sedia kala sebelum hamil dan melahirkan.

Kegunaan:
- Berguna untuk memulihkan rahim agar bersih, sehat dan kencang.
- Menambah darah dan nafsu makan,
- Menghentikan darah yang terlalu banyak,
- Melancarkan peredaran darah, serta
- Menguatkan urat-urat pada kaki dan tangan.
- Melancarkan ASI supaya tetap sehat dan segar

Berisi:
Pil No. 1 (Hari ke 1 s/d 10):
- Membantu membersihkan rahim dari darah yang kotor, mengobati rasa mulas, menyehatkan rahim dan menjaga agar tidak masuk angin.

Pil No. 2 (Hari ke10 s/d 17):
- Membantu memelihara kesehatan rahim, mengobati rasa mulas dan mengobati luk-aluka sehabis melahirkan. Menguatkan buah pinggang, melancarkan dan menambah banyak ASI, mengurangi kuaya dalam perut sehingga dapat buang air besar dengan lancar

Pil No. 3 (Hari ke 17 s/d 24):
- Membantu membersihkan darah putih dan mengurangi bau yang tidak sedap dalam rahim. Melancarkan kembali peredaran darah dan menguatkan urat-urat pada kaki dan tangan, mengobati kepala pusing, segala sawan-sawan dan kesemutan. Membuat mata menjadi terang dan bercahaya kembali.

Pil No. 4 (Hari ke-24 s/d 30):
- Memelihara kesehatan, membantu memperbaiki nafsu makan, membantu meringankan ganggunan sulit tidur

Pil No. 5 (Hari ke-31 s/d 38):
- Membantu menyehatkan dan mengencangkan rahim. Mengurangi kelebihan lemak supaya perut tetap ramping dan badan menjadi singset, langsing dan tampak kelihatan muda.

Terdapat juga:

Parem Habis Bersalin
- Untuk wanita yang habis bersalin, param ini dipakai untuk mengobati masuk angin dan bengkak, melemaskan dan menguatkan urat-urat serta memperbaiki peredaran darah. Digosokkan di badan, kaki atau tangan.

Pilis Singgul
- Pilis ini baik untuk wanita setelah bersalin supaya mata menjadi terang, mencegah mata supaya tidak lamur, mengobati rasa pusing. Juga baik sekali untuk wanita yang rajin merawat badan.
Cara pemakaian:
Dipakai di dahi, mengapa diciptakan Pilis Singgul ini karena pada saat melahirkan sang Ibu mengeluarkan tenaga cukup besar untuk mendorong sang Bayi untuk keluar dari rahim, sehingga peredaran darah mengalir ke atas, terutama di sekitaran mata... untuk itu Pilis Singgul membantu agar kesehatan mata dapat kembali seperti semula.

Tapel Ratus 1
- Untuk wanita sehabis bersalin 30 hari perlu pakai tapel ratus ini supaya perut menjadi singset, gempi dan halus seperti biasa

Tapel Sirih 1
- Tapel ini baik untuk wanita setelah bersalin 7 hari, untuk mengobati rasa mulas, angin di dalam perut, serta menghaluskan, menyegarkan dan menyehatkan kulit

Tapel Sosok 1
- Tapel sosok baik untuk wanita setelah bersalin 17 hari, untuk mengobati segala angin di dalam perut. Melangsingkan, menghaluskan, menyegarkan dan menyehatkan kulit.

Tersedia juga dalam paket tersebut Perawatan untuk Bayi:

Minyak Telon Nyonya Meneer 30 ml
- Minyak ini berguna untuk mencegah perut kembung dan masuk angin, serta memberikan rasa hangat pada tubuh anak-anak.


SENDAYU TINGGI AMME COMPLETE

AMMY COMPLETE

• Amme Complete (1 - 10 hari)
• Membantu mengelakkan bentan dan membuang angin.
• Membersihkan darah beku atau nifas dan melancarkan peredaran darah tanpa rasa rengat atau sakit.

• Amme Complete (11 - 20 hari)
• Memberikan ibu tenaga dan makanan tambahan sepanjang berpantang.
• Melancarkan dan memperbanyakkan air susu serta membaikpulih luka dalaman.

• Amme Complete (21 - 30 hari)
• Merapatkan otot-otot rahim dan tulang punggung,
• Membaikpulih luka dalaman.
• Memberikan ibu tenaga dan menambahkan darah.

• Amme Complete (31 - 40 hari)
• Membantu merehatkan otot rahim, menambahkan darah dan mengecut rahim.
• Menurunkan dan bertindak mengembalikan bentuk badan kepada asal.
• Menggiatkan hormon wanita untuk bersedia melakukan hubungan seksual selepas berpantang.

• Amme Complete (41 - 50 hari)
• Bertindak untuk rahim dan mengetatkan otot vagina seperti sebelum melahirkan anak.
• Menyerikan kecantikan ibu dari dalam.
• Mengecutkan tubuh ibu yan bengkak selepas proses mengandung.

• Amme Complete (51 - 60 hari)
• Membentuk kesempurnaan dalaman dan luaran tubuh.
• Memberikan kesegaran dan tenaga.
• Memberikan keyakinan kepada wanita untuk terus menjalani alam rumahtangga.

AMMY HEAT

• Membantu mencegah badan dimasuki angin, memanaskan badan, mengurangkan sengal tubuh dan sakit sendi.
• Digunakan bersama Ammy Massage semasa berurut atau disapu pada tapak kaki untuk memberi kehangatan pada tubuh.

AMMY MASSAGE

• Minyak ini sangat baik untuk mengurut wanita selepas bersalin kerana ia dapat melegakan
ketegangan otot, membetulkan urat-urat dan menghalang badan dari dimasuki angin.
• Mampu membantu melancarkan perjalanan darah dan mengelakkan meroyan, mengurangkan sembab tubuh, memanaskan badan serta menghaluskan kulit.

TUMMY TONE

• Dirumus khas untuk mengatasi masalah perut mengelambir, buncit dan kesan rekahan di bahagian perut dan paha semasa mengandung.
• Bertindak mengecutkan otot luaran perut.
• Menyerap di bawah lapisan perut untuk memecahkan darah kotor, beku dan angin yang
tersumbat supaya lebih lancar.

BODY TONE

Membantu mengembalikan kecantikan asal tubuh dan mengelakkan sembab.
• Mencerahkan kulit dan kesan kehitaman pada badan seperti belakang leher, ketiak dan celah paha.
• Mencegah angin masuk ke tubuh dan menegangkan kulit badan selepas bersalin.

BABY TELON

• Sesuai digunakan untuk bayi kerana bersifat dingin dan lembut pada kulit.
• Membantu mengatasi masalah kembung perut, selesema dan menanggalkan pusat bayi yang baru lahir.
• Mampu melegakan batuk dan kahak sekiranya disapu di tengkuk dan bahagian depan serta
bahagian badan.



LANGKAH PENGAMBILAN AMME COMPLETE

1. Pengambilan produk 2 biji kapsul 3 kali sehari dalam 15 – 30 minit selepas makan mengikut botol yang telah ditetapkan. Sekiranya bayi yang menyusu badan mengalami cirit-birit dan ruam sila kurangkan dos kepada 2 biji kapsul untuk 2 kali sehari. Teruskan pengambilan dari botol 1 selepas hari yang ke 60 sekiranya masih berbaki.
2. Amme Massage dan Amme Heat haruslah dicampurkan untuk tujuan mengurut dan tidak perlu dibilas dengan air.

3. Campurkan Body Tone dengan air kemudian sapukan ke seluruh badan sehingga kering. Sental pada badan seperti skrub untuk menanggalkan daki dan bau badan. Kemudian mandi dengan air suam dan lap badan hingga kering.

4. Campurkan Tummy Tone dengan sedikit air atau perahan limau nipis dan sapukan pada perut. Biarkan kering sebelum memakai bengkung. Bagi pengguna yang melalui pembedahan, jarakkan sapuan sebanyak 2 inci dari jahitan. Sekiranya timbul ruam atau gatal, sapu secara tipis dan bancuh Tummy Tone hanya menggunakan air sahaja.

5. Langkah terakhir, Amme Heat disapu pada betis dan tapak kaki sebelum memakai stoking.

6. Gunakan Menthazil untuk tujuan bertangas. Letakkan 1 paket Menthazil pada periuk bersama air yang mendidih dan duduk diatasnya selepas hari yang ke-20. Gunakan paket yang sama semasa bertangas untuk hari yang berikutnya sehingga bau herba di dalam paket tersebut hilang.

7. Amalkan bersauna pada hari ke-20. Ia baik untuk melangsingakan badan, mengeluarkan peluh masam dan toksin dalam badan. Ia juga berupaya mengeluarkan darah kotor dalam rahim.


AMME COMPLETE
RM386.00(WM) / RM413.00(EM)

Set Herbanika Bersalin Nona Roguy (pilihan utama saya)

1. MINYAK HERBANIKA

Minyak pelembab dapat membantu melembutkan dan megencangkan kembali perut yang kendur , lembik serta pecah berjalur . Digunakan sebagai minyak sapuan semasa rawatan berurut untuk mengatasi sengal-sengal otot/ sakit sendi dan lemah anggota badan, dimana ia merupakan minyak Anti-stress bagi ibu bersalin . Ia membantu mempercepatkan proses penyembuhan berlaku .


Semasa di wad selepas keluar dari bilik bersalin bagi:-
Bersalin Normal atau Secara Pembedahan
------------------------------------------------------------------


Gosokkan Minyak Herbanika dengan tipis kebahagian tengkuk dan leher serta bahu anda . Ikat rambut dengan rapi.

Ini mebantu meredakan ketegangan urat saraf dikepala, leher dan tengkuk semasa proses peneranan melahirkan anak dan melegakan bagi yang melahirkan secara 'caesar'

Sapurata Minyak Herbanika ke bahagian perut, ari-ari (kecuali bahagian 'pembedahan) tundun sulit , peha , celahan peha , pinggul, pinggang, lutut, betis dan tapak kaki . Pakaikan stokin.

Ini membantu melembutkan urat saraf dan otot-otot yang tegang ( semasa peneranan berlaku) atau kurang pergerakan (semasa proses pembedahan ) dan membantu melancarkan peraliran darah .


Untuk Bersalin Normal

Kemudian , tuangkan Minyak Herbanika kebahagian sulit ( biarkan minyak mengalir kecelahan sulit ,ke bahagian 'episiotomi' / luka jahitan ) dan tuangkan keatas pad /tuala wanita . pakai dengan selesa.

Sapu Minyak Herbanika kebahagian perut serta pinggang , disyorkan pula penggunaan ' strap-on binder' ( Bengkung moden yang mudah didapati difarmasi) pakai dengan ringan dan rapi .


Untuk Bersalin 'Caesar, '

Gunakan Minyak Herbanika keatas pad dan pakai dengan selesa .

Ini membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka jahitan , memecahkan pengumpulan angin di usus serta rahim dan mengecutkan rahim secara luaran .

Selepas sapuan Minyak Herbanika kebahagian perut serta pinggang ( kecuali bahagian 'surgeri') pastikan kegunaan strap-on binder yang ringan dan melepasi tundun sulit anda (tanpa memberi penekanan dibahagian 'surgeri'.) Anda boleh teruskan amalan 'berbengkung' secara ini selama 2 minggu sebagai langkah penjagaan awal.

2. UNCANG CUCI HERBANIKA

Membantu menghindari daripada jangkitan kuman (infeksi) kegatalan kulit, atasi darah berbau, menghindari dan menyembuhkan luka, kudis , nanah, masaalah berair dan mempercepatkan penyembuhan luka jahitan 'epsiotomi'. Sebagai mandian herba , ia memelihara kulit agar segar , mantap dan tidak mudah dimasuki 'angin sejuk '



Bercebuk Bahagian Sulit untuk Bersalin Normal di Wad dan di Rumah
  1. Masukkan 2 genggam Garam Kasar , 2 paket Uncang Cuci Herbanika kedalam sebekas air suam panas. . Tekan paket agar keluar pati herba yang pekat.

  2. Lakukan cucian serta cebuk dibahagian sulit dan luka jahitan anda. Kesat kering .

  3. Sapukan Minyak Herbanika kebahagian luka jahitan ,'episiotomi' dan tuangkan ia keatas pad / tuala wanita anda dan pakai dengan selesa .


Bercebuk Bahagian Sulit untuk Bersalin 'Caesar ' di Wad dan di Rumah

  1. Rendamkan 1 paket Uncang Cuci Herbanika kedalam seberkas atau semangkuk air suam panas . Tekan paket agar keluar pati herba yang pekat.

  2. Lakukan cucian serta cebuk dibahagian sulit sehingga terasa bersih dan segar. Kesat kering

  3. Tuangkan Minyak Herbanika keatas pad ( tuala wanita ) anda dan ini adalah untuk melancarkan keluaran darah nifas dan mengatasi masaalah 'rengat ' atau ketidakselesaan dibahagian perut.


Cadangan :-

Uncang Cuci Herbanika boleh direbus bersama Daun Sireh, Daun Pandan , Serai Wangi, Halia Tua, Halba dan Garamkasar untuk dijadikan 'Mandian Herba ' , Ibu bersalin selama 14 hari atau hari ke-30 sehingga ke- 44

3. AKAR HERBANIKA - UNTUK MINUMAN ANTIOKSIDAN

Membantu menyegarkan urat saraf , memperbanyakkan pengeluaran air susu , mengurangkan air berlebihan didalam badan atau rentasi air, melawaskan sistem pembuangan air kecil, meringankan badan, membantu memecahkan lelemak degil serta mengatasi keletihan dan sakit sendi serta sejuk-sejuk dan juga mengawal bau badan .

Di Hospital atau Wad Bersalin -
Minum 2 hingga 4 gelas / mug sehari atau 3 sehingga 6 cawan sehari

Rendam 2 paket Akar Herbanika kedalam satu flask atau air panas mendidih sehingga ia keluar pati herba teh sederhana pekat . setiapkali minum , masukkan 1 sudu teh -1 sudu besar Madu Lebah Asli atau Pure Honey sebagai penawar , penguat darah anti-bakteria dan sumber tenaga . Minum suam panas atau suam sejuk .

2 paket boleh diulangi rendam beberapa kali sehingga cair, rebuskan sebelum diganti dengan yang baru.

Dirumah buat pilihan Rendam atau Rebus
  1. Disyurkan ' rebus ' 2 atau 3 paket Akar Herbanika dalam 1 liter air atau secerek sederhana air panas sehingga mendidih .

  2. Tuangkan kedalam flask atau termos dan setiap kali minum dicampurkan dengan madu lebah asli..

  3. Ulangi merebus sehingga cair sebelum digantikan dengan peket yang baru.


ketika merebus boleh ditambah Serai ( ketuk ), 2 inci halia tua , 1 sudu besar Halba dan Daun Pandan 1-2 helai diikat.

4. MUSTAJAB PHYTO NATAL- TABLET PEMBERSEH RAPI DALAMAN

Membersihkan rahim dan mengeluarkan angin lendiran dan mengatasi " Angin Meroyan " serta " Murung" .Mengeluarkan darah kotoran dalam sistem badan Menyegarkan fungsi rahim serta .Memperbanyakkan pengeluaran susu ibu dengan lancar . Ia menambah tenaga semasa dalam pantang , mengimbangi kembali sistem badan, membantu membuang lelemak berlebihan , mengatasi sakit anggota, kembung perut dan melawaskan sistem pembuangan air besar serta air kecil. Ia juga mempercepatkan pengecutan rahim dengan melancarkan pengeluaran darah nifas dan membantu mengekalkan kecantikan bentuk badan yang sihat , mantap serta menyerikan wajah.


Bersalin Normal mula mengambilnya pada hari ke 4 dan Bersalin secara Pembedahan mula mengambilnya pada hari ke 7


Bagi pergerakan pembuangan harian air besar jenis normal :
Amalkan 2 - 4 tablet Phyto Natal 1 X sehari .Amalkan bersama minuman air Akar Herbanika.

Bagi Pergerakan pembuangan harian air besar jenis sensitif:-
Amalkan 1-2 tablet Phyto Natal 1X sehari atau secara selang sehari. Amalkanya bersama minuman air Akar Herbanika .

Bagi Pergerakan pembuangan harian air besar jenis sembelit:
Amalkan 5-10 tablet PhytoNatal 1 X sehari .Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik amalkan bersama minuman air Akar Herbanika .

Nota :
Disyurkan pengambilanya pada setiap waktu pagi ( selepas sarapan untuk melawaskan sistem pembuangan air besar anda pada sebelah awal petang bagi tidak menggangu waktu tidur anda.


5. KRIM BARUT

Sangat berkesan untuk mengatasi perut lembik , besar, buncit , menggeleber, kembang dan kendur . Ia membantu mengempiskan serta mengejabkan perut, merampingkan pinggang , mengatasi jaluran serta parut pada kulit dan mengecutkan rahim secara luaran dengan membantu melancarkan peraliran darah nifas serta darah busuk dari saluran rahim . Ia juga dapat mangatasi pembengkakan luaran anggota badan .


Bagi Rawatan Berbengkung dan Krim Barut .

  • Bagi kelahiran Normal pada hari ke 4 sehingga 44 Hari . (disyorkan selama 60 hari )
  • Kelahiran Caesar atau Pembedahan pada hari ke 15 sehingga 44 hari(disyorkan selama 60 hari )
  • Selepas sapuan Minyak Herbanika keperut serta pinggang , sapu rata KRIM BARUT di perut, ari-ari, pinggang serta atas peha .

  • Gunakan "Strap-On Binder "(Bengkung Moden yang mudah didapati di Farmasi ) atau Bengkung Tradisional ( Jenis Kain ) barut dengan kemas , kejab dan rapi .

  • Pastikan Kain Barut atau Bengkung dari paras bawah payudara sehingga melepasi paras bawah punggung bagi mendapatkan bentuk badan yang ramping , tidak kembang , kemas san mantap.

  • Guna Bengkung dari waktu pagi sehingga lewat petang . Bukakan bengkung untuk amalan cucian atau cebuk bahagian sulit atau bersediakan diri untuk waktu malam .

  • Sapu semula saperti diatas dan gunakan Bengkung semalaman .


HERBANIKA LULUR


Membantu menghilangkan daki , menghaluskan kulit yang kasar, mecerahkan kulit berpikmentasi kehitaman , atau jeragat, mengatasi ketegangan otot, mengecutkan bentuk badan yang kembang atau sembab , angin dan mengatasi sejuk-sejuk , kebas, lenguh atau sengal badan disamping mengelakkan kemasukakn angin sejuk. Ia mengembalikan kemantapan kulit ibu dalam pantang bersalin dengan memecahkan lemak degil serta angin lendir, mengecutkan bengkak sendi , otot, urat saraf dan mengatasi masaalah bengkak Vena atau Vena Varikos. Membantu menegangkan payudara yang kendur dan atasi penyumbatan pada payudara.

Bagi Rawatan dirumah untuk kelahiran Normal dan Caesar atau pembedahan

  • Sebelum mandi , ambil 1- 2 sudu besar Herbanika Lulur digaul sederhana cair dengan air suam .
  • Sapurata keseluruh badan , lakukan 'gosokkan' atau lulur semasa ia separa kering sehingga bersih. Elakkan lulur dibahagian payudara serta perut dengan kasar atau menyental. . Lakukan dengan lembut dan berhati-hati. Elakkan lulur dibahgian puting payudara yang berkulit 'sensetif akibat penyusuan.
  • Mandi dan bilas dengan bersih ( gunakan Mandian Hrba untuk badan anda )
  • Ulangi amalan 'Lulur' ini setiap hari selama 30 hari ke 44 hari untuk mendapatkan kesan yang baik.

Peringatan :-

Rambut dan kepala hendaklah dicuci dengan air paip biasa dan kesat kering bagi mencegah kepanasan dan pening kepala.

Untuk Pemeliharan Payudara.

  • Urut sekitar payudara dengan Minyak Herbanika dan picit perlahan-lahan bahagian puting susu untuk menggalakkan lagi pengeluaran susu.

  • Sekiranya mendapati pembengkakan , rendamkan tuala kecil kedalam air panas dan lapkan perlahan-lahan kebahagian payudara .

  • Ulangi proses diatas sehingga pembengkakan surut kesat kering dan sapukanMinyak Herbanika sekali lagi kebahagaian payudara.

  • Bersihkan terlebih dulu payudara anda dari kesan minyak sebelum menyusukan bayi

Pemakanan atau Diet Semasa Selama 44 hari


  • Ibu - ibu dalam pantang bersalin boleh memakan buah-buahan seperti Epal merah (bukan yang masam), Oren Manis( Limau manis),Kurma , Buah Zaitun, Buah Tin (Fig), Delima , Pir, Lai, Pic, Aprikot, Strawberi, Anggur (jangan berlebihan boleh menyebabkan batuk),

  • Jus Epal, Blackcurrant ( Ribena ) buah Peach & sirap. Minuman berkhasiat iaitu Susu, Susu Kacang Soya, Horlicks, Milo & Air Akar Herbanika

  • Gunakan Gula Merah , Gula Perang , Raw Sugar dan Madu Lebah.

  • Sayur-sayuran yang disyurkan boleh dimakan ulam -ulam Pengaga,Lemuni , Daun dan Bunga kunyit , Brokoli, Daun pudina , Daun kari, Lobak Merah, Tomato biji, Brokoli, Asparagus ,Salad, Capsicum, Cili Merah, Bebawang ( merah , putih ,besar) dan Ubi Kentang

  • Nasi Panas sederhana lembut , Bubur Nasi , Spagetti, Pasta & Makaroni

  • Ikan yang segar iaitu Ikan Merah, Tenggiri, Haruan, Jenahak, Selar Kuning , Kerisi, Kurau, Kerapu, Siakap, Kod , Bawal Putih & Senangin.

  • Makanan Bijirin iaitu Gandum , Oats, Empingan jagung (Corn flakes ) Bran , Muesli, Beras Merah Perang ,Kismis Kuning dan hitam, Kekacang Soya ( Tahu,Tempe &Tofu ) Kekacang Badam , Walnut, Gajus & Bijan, Roti Putih, Roti Wholemeal/ wholeGrains

  • Roti Canai, Tosei, Roti Puri dan Kari


Dijauhi semasa dalam pantang bersalin
  • Ikan -ikan yang berbisa saperti ikan bawal hitam , ikan terubuk, ikan pari, ikan kembung , sembilang , tongkol,parang dan juga makanan laut yang lain dimana ia boleh menyebabkan luka-luka dan bengkak dalam rahim sukar sembuh dengan cepat . Ia juga akan mendatangkan rasa kesakitan yang berbisa serta keluaran cecair yang berbau busuk . Ini boleh menyebabkan infeksi kuman yang membawa kegatalaan dan masaalah kulit,dibahagian sulit.

  • Ibu -ibu bersalin dilarang memakan ikan masin ketika didalam pantang kerana ia boleh mengakibatkan darah nifas berbau busuk dan cepat kering serta melemahkan daya tekanan fizikal dan mentalnya

  • Ibu bersalin dinasihati jangan makan sayur-sayuran yang menjalar dan sejuk , minuman sejuk bergas dan tajam saperti air tebu , air cincau , nanas, air kelapa muda , jambu, belimbing , durian belanda , mangga dan betik.
    Segala ini boleh menyebabkan masaalah penyakit tulang , sejuk otot dan sendi, dimana penyakit-penyakit ini semakin menjadi-jadi di negara barat saperti arthritis, rheumatism ,rheumatoid arthritis serta penyakit untut dan lemah sendi.

Afiat Ubat Bersalin

Afiat Ubat Bersalin

Ubat bersalin ini serba lengkap untuk 44 hari.Isi-isi yang terkandung didalam set ini ialah:

MINYAK AFIAT ( 250 ml )
Untuk urutan wanita lepas bersalin. Lain-lain kegunaan ; lenguh-lenguh sendi, sengal-sengal tulang, luka-luka kecil, gigitan serangga, salah urat, tergeliat, terkena api dan titisan air panas. Untuk digosok di tempat yang sakit bahagian luaran sahaja.

GEL MANDIAN SERAI WANGI (125 ml)
Diadun khas dengan Serai Wangi yang bersifat aromaterapi untuk menyegarkan kulit badan. Khasiatnya sama seperti mandi lulur iaitu untuk menaikkan seri kulit untuk digunakan semasa mandi.

FEMININE CARE (PENCUCI WANITA) (60 ml)
Campuran herba beraroma bertindak membersihkan bahagian sulit wanita, memberi lapisan perlindungan dan mengurangkan kegatalan dengan mengekalkan pH di bahagian sulit.

BEDAK HANGAT AFIAT ( 100 g)
Digunakan selepas mandi; pagi dan petang. Caranya ialah dengan mencampurkan Bedak Hangat dengan air dan sapukan ke seluruh badan. Khasiatnya untuk memanaskan badan selepas mandi.

PIL JAMU AFIAT ( 528 biji )
Untuk dimakan selepas bersalin.
Makan 12 biji sehari - 4 biji pagi, 4 biji tengahari & 4 biji malam. Khasiatnya untuk merangsang tenaga dan menguatkan badan.

AKAR KAYU PERIUK AFIAT ( 100 g )
Direbus dengan air dengan sukatan anggaran 200 ml. Minum airnya segelas; 2 kali sehari selepas 20 hari bersalin. Khasiatnya untuk menyegarkan tubuh dan menambahkan tenaga.

BARUT AFIAT
Dipakai untuk wanita selepas bersalin bagi melangsingkan badan. Caranya ialah dengan terlebih dahulu menyapukan perut dengan kapur bercampur limau nipis ataupun Minyak Afiat. Kemudian ikat tali Barut Berubat pada ari-ari (di bawah pusat). Pakai bengkung untuk memperkemaskan kedudukan barut tadi. Pakai Barut ini seharian dan amalkan pemakaiannya selama 44 hari.

BALM AFIAT
Disapu pada pusat bayi untuk mempercepatkan proses pengeringan.

MAKJUN BAWANG PUTIH
Untuk dimakan selepas habis tempoh pantang. Makan 2 biji pagi dan 2 biji malam. Khasiatnya ialah untuk penambahan tenaga, melancarkan perjalanan darah dan mengecutkan tisu vagina.

TALI PEMBENTAN AFIAT
Dipakai pada pergelangan tangan kanan ibu.

Jamu Bersalin Warisan Afiat

“Jamu Bersalin Yang Lengkap Khusus Untuk Mengembalikan Kecergasan Anda!”

Jamu Bersalin Warisan Afiat mengandungi 10 bahan utama yang lengkap untuk 44 hari berpantang bagi wanita selepas bersalin. Produknya diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Diasaskan oleh Tuan Haji Panjang Kamaruddin dan termashur sejak Tahun 1924.


Cara Guna Jamu Bersalin Warisan Afiat:

  1. Air Jamu Muparam — Rawatan dalaman, di minum selepas 3 atau 4 hari bersalin dalam masa 3 hari berturut-turut. khasiatnya— melancarkan perjalanan darah, melegakan kesakitan, sakit kepala, mengurangkan keputihan serta mengelakkan dari Angin Merian, mengencangkan otot-otot, mengecutkan dan menyihatkan rahim.
  2. Kapsul Wanita — Rawatan dalaman untuk 44 hari dalam bentuk kapsul. Dimakan selepas 3 atau 4 hari bersalin. Khasiatnya— menguatkan dan mengencangkan otot-otot tubuh, melegakan letih lesu, membuang angin dan menambahkan tenaga, melegakan sakit pinggang dan lemah anggota badan. Mengatasi penyakit kebas, lenguh,sakit urat-urat serta menyihatkan rahim khusus untuk wanita lepas bersalin.
  3. Param Hangat — Untuk kegunaan luaran—dibancuh dengan air suam, kemudian disapu untuk kesihatan kulit serta menjaga tubuh badan daripada penyakit kebas dan lenguh
  4. Barut Berubat — Ramuan tradisi untuk mengempiskan perut serta mengecutkan rahim dan urat-urat perut dan merampingkan pinggang.
  5. Minyak Herba Warisan Afiat — Untuk di urut seluruh tubuh badan bagi melegakan otot-otot tubuh badan yang tegang, melegakan sakit pinggang, sakit belakang, sakit sendi dan terseliuh.
  6. Balm Herba Warisan Afiat — Ramusan Pati amat sesuai untuk bayi baru lahir. Kegunaannya untuk mencegah dari kembung dan sakit perut.
  7. Akar Kayu — Untuk direbus pada hari yang ke 20 dalam masa berpantang dan di minum sehingga 44 hari.
  8. Air Lemuju Kukus — Untuk kesihatan tubuh badan, menambahkan tenaga dan meningkatkan kecergasan, melegakan sakit atau kembung perut, senak atau angin memulas-mulas serta melawaskan pembuangan air besar dan kecil.
  9. Perabun — letakkan Perabun ke dalam kain, perasapkan ” suam-suam” lalu tuamkan ke perut bayi atau sekiranya angin pepasang tuamkan pada tempat yang sakit.

Tali Pembentan — Untuk mencegah dari Bentan seandainya si Ibu kerap bergerak.