Minyak pelembab dapat membantu melembutkan dan megencangkan kembali perut yang kendur , lembik serta pecah berjalur . Digunakan sebagai minyak sapuan semasa rawatan berurut untuk mengatasi sengal-sengal otot/ sakit sendi dan lemah anggota badan, dimana ia merupakan minyak Anti-stress bagi ibu bersalin . Ia membantu mempercepatkan proses penyembuhan berlaku .
Semasa di wad selepas keluar dari bilik bersalin bagi:-
Bersalin Normal atau Secara Pembedahan
------------------------------------------------------------------
Gosokkan Minyak Herbanika dengan tipis kebahagian tengkuk dan leher serta bahu anda . Ikat rambut dengan rapi.
Ini mebantu meredakan ketegangan urat saraf dikepala, leher dan tengkuk semasa proses peneranan melahirkan anak dan melegakan bagi yang melahirkan secara 'caesar'
Sapurata Minyak Herbanika ke bahagian perut, ari-ari (kecuali bahagian 'pembedahan) tundun sulit , peha , celahan peha , pinggul, pinggang, lutut, betis dan tapak kaki . Pakaikan stokin.
Ini membantu melembutkan urat saraf dan otot-otot yang tegang ( semasa peneranan berlaku) atau kurang pergerakan (semasa proses pembedahan ) dan membantu melancarkan peraliran darah .
Untuk Bersalin Normal
Kemudian , tuangkan Minyak Herbanika kebahagian sulit ( biarkan minyak mengalir kecelahan sulit ,ke bahagian 'episiotomi' / luka jahitan ) dan tuangkan keatas pad /tuala wanita . pakai dengan selesa.
Sapu Minyak Herbanika kebahagian perut serta pinggang , disyorkan pula penggunaan ' strap-on binder' ( Bengkung moden yang mudah didapati difarmasi) pakai dengan ringan dan rapi .
Untuk Bersalin 'Caesar, '
Gunakan Minyak Herbanika keatas pad dan pakai dengan selesa .
Ini membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka jahitan , memecahkan pengumpulan angin di usus serta rahim dan mengecutkan rahim secara luaran .
Selepas sapuan Minyak Herbanika kebahagian perut serta pinggang ( kecuali bahagian 'surgeri') pastikan kegunaan strap-on binder yang ringan dan melepasi tundun sulit anda (tanpa memberi penekanan dibahagian 'surgeri'.) Anda boleh teruskan amalan 'berbengkung' secara ini selama 2 minggu sebagai langkah penjagaan awal.
Membantu menghindari daripada jangkitan kuman (infeksi) kegatalan kulit, atasi darah berbau, menghindari dan menyembuhkan luka, kudis , nanah, masaalah berair dan mempercepatkan penyembuhan luka jahitan 'epsiotomi'. Sebagai mandian herba , ia memelihara kulit agar segar , mantap dan tidak mudah dimasuki 'angin sejuk '
Bercebuk Bahagian Sulit untuk Bersalin Normal di Wad dan di Rumah
Masukkan 2 genggam Garam Kasar , 2 paket Uncang Cuci Herbanika kedalam sebekas air suam panas. . Tekan paket agar keluar pati herba yang pekat.
Lakukan cucian serta cebuk dibahagian sulit dan luka jahitan anda. Kesat kering .
Sapukan Minyak Herbanika kebahagian luka jahitan ,'episiotomi' dan tuangkan ia keatas pad / tuala wanita anda dan pakai dengan selesa .
Bercebuk Bahagian Sulit untuk Bersalin 'Caesar ' di Wad dan di Rumah
Rendamkan 1 paket Uncang Cuci Herbanika kedalam seberkas atau semangkuk air suam panas . Tekan paket agar keluar pati herba yang pekat.
Lakukan cucian serta cebuk dibahagian sulit sehingga terasa bersih dan segar. Kesat kering
Tuangkan Minyak Herbanika keatas pad ( tuala wanita ) anda dan ini adalah untuk melancarkan keluaran darah nifas dan mengatasi masaalah 'rengat ' atau ketidakselesaan dibahagian perut.
Cadangan :-
Uncang Cuci Herbanika boleh direbus bersama Daun Sireh, Daun Pandan , Serai Wangi, Halia Tua, Halba dan Garamkasar untuk dijadikan 'Mandian Herba ' , Ibu bersalin selama 14 hari atau hari ke-30 sehingga ke- 44
3. AKAR HERBANIKA - UNTUK MINUMAN ANTIOKSIDAN
Membantu menyegarkan urat saraf , memperbanyakkan pengeluaran air susu , mengurangkan air berlebihan didalam badan atau rentasi air, melawaskan sistem pembuangan air kecil, meringankan badan, membantu memecahkan lelemak degil serta mengatasi keletihan dan sakit sendi serta sejuk-sejuk dan juga mengawal bau badan .
Minum 2 hingga 4 gelas / mug sehari atau 3 sehingga 6 cawan sehari
Rendam 2 paket Akar Herbanika kedalam satu flask atau air panas mendidih sehingga ia keluar pati herba teh sederhana pekat . setiapkali minum , masukkan 1 sudu teh -1 sudu besar Madu Lebah Asli atau Pure Honey sebagai penawar , penguat darah anti-bakteria dan sumber tenaga . Minum suam panas atau suam sejuk .
2 paket boleh diulangi rendam beberapa kali sehingga cair, rebuskan sebelum diganti dengan yang baru.
Dirumah buat pilihan Rendam atau Rebus
Disyurkan ' rebus ' 2 atau 3 paket Akar Herbanika dalam 1 liter air atau secerek sederhana air panas sehingga mendidih .
Tuangkan kedalam flask atau termos dan setiap kali minum dicampurkan dengan madu lebah asli..
Ulangi merebus sehingga cair sebelum digantikan dengan peket yang baru.
ketika merebus boleh ditambah Serai ( ketuk ), 2 inci halia tua , 1 sudu besar Halba dan Daun Pandan 1-2 helai diikat.
4. MUSTAJAB PHYTO NATAL- TABLET PEMBERSEH RAPI DALAMAN
Membersihkan rahim dan mengeluarkan angin lendiran dan mengatasi " Angin Meroyan " serta " Murung" .Mengeluarkan darah kotoran dalam sistem badan Menyegarkan fungsi rahim serta .Memperbanyakkan pengeluaran susu ibu dengan lancar . Ia menambah tenaga semasa dalam pantang , mengimbangi kembali sistem badan, membantu membuang lelemak berlebihan , mengatasi sakit anggota, kembung perut dan melawaskan sistem pembuangan air besar serta air kecil. Ia juga mempercepatkan pengecutan rahim dengan melancarkan pengeluaran darah nifas dan membantu mengekalkan kecantikan bentuk badan yang sihat , mantap serta menyerikan wajah.
Bersalin Normal mula mengambilnya pada hari ke 4 dan Bersalin secara Pembedahan mula mengambilnya pada hari ke 7
Bagi pergerakan pembuangan harian air besar jenis normal :
Amalkan 2 - 4 tablet Phyto Natal 1 X sehari .Amalkan bersama minuman air Akar Herbanika.
Bagi Pergerakan pembuangan harian air besar jenis sensitif:-
Amalkan 1-2 tablet Phyto Natal 1X sehari atau secara selang sehari. Amalkanya bersama minuman air Akar Herbanika .
Bagi Pergerakan pembuangan harian air besar jenis sembelit:
Amalkan 5-10 tablet PhytoNatal 1 X sehari .Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik amalkan bersama minuman air Akar Herbanika .
Nota :
Disyurkan pengambilanya pada setiap waktu pagi ( selepas sarapan untuk melawaskan sistem pembuangan air besar anda pada sebelah awal petang bagi tidak menggangu waktu tidur anda.
5. KRIM BARUT
Sangat berkesan untuk mengatasi perut lembik , besar, buncit , menggeleber, kembang dan kendur . Ia membantu mengempiskan serta mengejabkan perut, merampingkan pinggang , mengatasi jaluran serta parut pada kulit dan mengecutkan rahim secara luaran dengan membantu melancarkan peraliran darah nifas serta darah busuk dari saluran rahim . Ia juga dapat mangatasi pembengkakan luaran anggota badan .
Bagi Rawatan Berbengkung dan Krim Barut .
- Bagi kelahiran Normal pada hari ke 4 sehingga 44 Hari . (disyorkan selama 60 hari )
- Kelahiran Caesar atau Pembedahan pada hari ke 15 sehingga 44 hari(disyorkan selama 60 hari )
Selepas sapuan Minyak Herbanika keperut serta pinggang , sapu rata KRIM BARUT di perut, ari-ari, pinggang serta atas peha .
Gunakan "Strap-On Binder "(Bengkung Moden yang mudah didapati di Farmasi ) atau Bengkung Tradisional ( Jenis Kain ) barut dengan kemas , kejab dan rapi .
Pastikan Kain Barut atau Bengkung dari paras bawah payudara sehingga melepasi paras bawah punggung bagi mendapatkan bentuk badan yang ramping , tidak kembang , kemas san mantap.
Guna Bengkung dari waktu pagi sehingga lewat petang . Bukakan bengkung untuk amalan cucian atau cebuk bahagian sulit atau bersediakan diri untuk waktu malam .
- Sapu semula saperti diatas dan gunakan Bengkung semalaman .
HERBANIKA LULUR
Membantu menghilangkan daki , menghaluskan kulit yang kasar, mecerahkan kulit berpikmentasi kehitaman , atau jeragat, mengatasi ketegangan otot, mengecutkan bentuk badan yang kembang atau sembab , angin dan mengatasi sejuk-sejuk , kebas, lenguh atau sengal badan disamping mengelakkan kemasukakn angin sejuk. Ia mengembalikan kemantapan kulit ibu dalam pantang bersalin dengan memecahkan lemak degil serta angin lendir, mengecutkan bengkak sendi , otot, urat saraf dan mengatasi masaalah bengkak Vena atau Vena Varikos. Membantu menegangkan payudara yang kendur dan atasi penyumbatan pada payudara.
Bagi Rawatan dirumah untuk kelahiran Normal dan Caesar atau pembedahan
- Sebelum mandi , ambil 1- 2 sudu besar Herbanika Lulur digaul sederhana cair dengan air suam .
- Sapurata keseluruh badan , lakukan 'gosokkan' atau lulur semasa ia separa kering sehingga bersih. Elakkan lulur dibahagian payudara serta perut dengan kasar atau menyental. . Lakukan dengan lembut dan berhati-hati. Elakkan lulur dibahgian puting payudara yang berkulit 'sensetif akibat penyusuan.
- Mandi dan bilas dengan bersih ( gunakan Mandian Hrba untuk badan anda )
- Ulangi amalan 'Lulur' ini setiap hari selama 30 hari ke 44 hari untuk mendapatkan kesan yang baik.
Rambut dan kepala hendaklah dicuci dengan air paip biasa dan kesat kering bagi mencegah kepanasan dan pening kepala.
Untuk Pemeliharan Payudara.
Urut sekitar payudara dengan Minyak Herbanika dan picit perlahan-lahan bahagian puting susu untuk menggalakkan lagi pengeluaran susu.
Sekiranya mendapati pembengkakan , rendamkan tuala kecil kedalam air panas dan lapkan perlahan-lahan kebahagian payudara .
Ulangi proses diatas sehingga pembengkakan surut kesat kering dan sapukanMinyak Herbanika sekali lagi kebahagaian payudara.
Bersihkan terlebih dulu payudara anda dari kesan minyak sebelum menyusukan bayi

0 comments:
Post a Comment