BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, April 12, 2010

Sup Tulang

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 500g tulang lembu
  • 1 sup bunjut adabi / sup tulang adabi
  • 2 kiub ayam - tak kisah mana2 adabi ke maggie
  • 2 1/2 liter air.
  • 3-4 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • minyak untuk menumis
  • daun sup/ daun bawang
  • bawang goreng
  • cili padi -kalo nak pedas :)
  • limau nipis- kalo suka masam2 sket..
  • 2 ketul ubi kentang
  • 1/2 batang lobak merah

Cara-cara

  1. Mula-mula cucilah tulang temulang.
  2. Kupas bawang putih. Pastu bersihkan.
  3. Ketuk-ketuk bawang putih dengan pisau. Pastu cincang-cincanglah biar jadi halus.
  4. Hiris pula halia nipis-nipis. Tapi kalo sape ada lesung tu boleh tumbuk halia sekali dengan bawang putih.
  5. Panaskan minyak. Tumislah bawang putih dan halia ni sehingga bawang putih jadi kuning.. kalo hangus sket tu takpe..
  6. Dah tu masuklah air dengan tulang-temulang. Rebuslah sehingga tulang empuk.
  7. Bila dah empuk tu, masuklah pula ubi kentang dengan lobak merah.. Kalo tak nak letak pun takpe..
  8. Masuk pula rempah sup bunjut dan juga kiub ayam. ( Bleh tambah 2 3 hiris lengkuas dan titik sebatang serai masa mdidih) Biarkan sehingga ubi kentang empuk.
  9. Masukkan pula sedikit gula. Pastu bolehlah rasa. Kalo tak rasa masin lagi bolehlah tambah garam. Tak cukup manis tambahlah gula.
  10. Bila nak makan tu bolehlah letak bawang goreng, daun sup, daun bawang, cili padi, batang saderi. Kalo suka masam perhlah sedikit limau nipis.

(mula2 rebuskan tulang degan air biasa dahulu sehingga daging jd lembut empuk, dan hampir bercerai dari tulang.. kemudian tumis semua rempah asing dan masukkan ke dalam air rebusan tadi sehingga rempah menjadi kembang..)

Sotong Masak Serai


Bahan-bahan ( 2 - 3 orang )

  • 300g sotong
  • 3 biji cili padi
  • 2 batang serai
  • 200g asam jawa
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • garam gula secukup rasa
  • ajinomoto

Cara-cara

  1. Sotong putih dibersih
  2. Cili padi, serai, bawang putih dan bawang merah-dikisar dan ditumiskan
  3. Apabila naik baunya, masukkan sotong, air asam jawa, garam, gula dan ajinomoto secukup rasa.

Sotong Goreng Tom Yam

Bahan-bahan ( 4 org )

  • 300gm / 5-6 ekor sotong sederhana besar
  • 1 labu bawang besar - mayang
  • 1 inci halia - mayang
  • 5 biji bawang putih - mayang
  • 3 batang serai - ketuk
  • daun limau purut
  • cili api
  • sos tiram
  • kunyit & garam
  • minyak masak

Cara-cara

  1. Sotong dibersihkan, dipotong ikut suka kemudian diperap dengan sedikit garam dan kunyit.
  2. Bawang besar, bawang putih, halia dan serai ditumis dalam kuali hingga layu dan naik bau. Masukkan sotong yang diperap tadi. Kacau sekejap, tutup kuali dan perlahankan api.
  3. Setelah dibiarkan selama 3 minit, kacau lagi. masukkan daun limau purut, cili api dan sos tiram. Kacau lagi. Apabila kelihatan agak masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan.
  4. Kadang2 saya masukkan sayuran seperti tomato & carrot dlm masakan ini.

Ketam Masak Lemak

Bahan-bahan ( Untuk 4 - 5 orang )

  • 4 ekor ketam besar, dibersihkan
  • 6 ulas bawang merah kecil*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3 batang lada merah*
  • 3 biji buah keras*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1/2 cm belacan*
  • 1 hirisan nipis lengkuas*(*dikisar halus)
  • 1 asam keping
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 kuntum bunga kunyit (jika suka dan jika ada)
  • 1 biji kelapa, diparut
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Dalam periuk, masukkan ketam, asam keping dan bahan2 dikisar. Jerang atas api untuk 2 - 3 minit. Matikan api dan biarkan sebentar.
  2. Masukkan 1 cawan air dalam kelapa parut. Ramas dan perah santan dalam satu bekas. Ketepikan. Tuang lagi 2 cawan air dan perah untuk mendapatkan santan no.2.
  3. Hidupkan api kembali dan masukkan santan no 2 ke dalam periuk. Diikuti daun kunyit dan bunga kunyit (jika suka dan jika ada), biarkan mendidih. Masukkan santan pekat. Perasakan dgn garam dan gula. Dalam gambar :- Daun kunyit dan bunga kunyit
  4. Masak atas api perlahan selama 5 minit. Kacau selalu untuk mengelakkan santan pecah minyak.

Udang supreme


Bahan-bahan

  • 1/2 kg udang - dibuang kulit dan tinggalkan kulit ekor shj dan di buang urat belakang udang
  • 3 batang lada merah - di cincang
  • 3 batang lada hijau - di cincang
  • 1 biji bawang besar - di cincang
  • 1 inci halia - di cincang
  • 4 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar kicap cair
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. panaskan minyak dan goreng udang yg telah dibersihkan terlebih dahulu selama 5 minit setelah itu angkat dan toskan
  2. tumis bahan2 cincang seperti lada hijau, merah bawang besar halia sehingga garing
  3. masukkan sos tiram, kicap manis dan kicap cair kacau sebentar dan masukkan udang yg telah digoreng tadi dan kacau rata
  4. perasakan dengan garam secukup rasa dan sedia untuk di hidang

Bakso

Bahan-bahan ( 7-8 org )

  • Mee Hoon 1 bungkus (400 gm)
  • Taugeh
  • Kobis dihiris halus

*UTK BEBOLA

  • 400 gm daging cincang
  • 2 biji bawang merah diracik halus
  • 2 biji bawang putih diracik halus
  • 2 sb telur (1/2 biji)
  • 1 sk tepung ubi / tepung jagung
  • sedikit serbuk lada sulah n garam

*UTK KUAH

  • 3 biji bawang merah dihiris
  • * 3 ulas bawang putih
  • *1/2 inci halia
  • *1sk lada sulah biji
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 sb pati daging / pati ayam
  • sedikit serbuk lada sulah
  • garam n perasa

Cara-cara

  1. UTK KUAH; Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang merah hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali serai.
  2. Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa.
  3. UTK BEBOLA: Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Siap kuah n bebola
  4. Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn taugeh n kobis. Tuang kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee lain.
  5. Biasanya di indonesia.. bakso dihidang dgn cili padi yg ditumbuk berasingan dgn kicap... Kicap yg sering diguna kicap ABC....

Sunday, February 14, 2010

Recipes : Lala Masak Serai

Bahan-bahan ( 3 org makan )

500 gm lala - dibersihkan dan toskan
3 batang serai - dipotong serong
3 ulas bawang putih - diketuk
1in halia - dipotong panjang
5 biji cili api - diketuk
1 sb sos tiram
1 biji bawang besar - dipotong bulat
daun bawang, tomato ceri
garam dan gula utk perasa
2 sb minyak

Cara-cara

  • Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan halia hingga wangi.
  • Masukkan serai serta cili api. Kacau hingga naik bau.
  • Masukkan sos tiram, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati dan masukkan lala. Kacau sekejap dan tutup kuali. Biarkan lebih kurang 3 minit atau sehingga cengkerang lala berubah warna.
  • Sekiranya masakan agak kering, masukkan sedikit air. Kacau hingga sebati pastu masukkan bawang besar, tomato ceri dan daun bawang.
  • Padamkan api, kacau sekejap dan terus hidang

Recipes : Ayam Paprik

Bahan-bahan

½ ekor ayam - dipotong kecil2
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi - ditumbuk
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
bahan2 perasa

Cara-cara

  • Panaskan kuali, gorengkan ayam (jgn terlalu garing).
  • Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau rata.
  • Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih dan masukkan sedikit air. Masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
  • Setelah mendidih, masukkan bawang besar dan buah tomato.
  • Semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

Recipes : Ayam Goreng Crispy

Bahan-bahan ( 6 ketul )

6 ketul ayam
*3/4 cawan tepung gandum
*1/4 cawan tepung kanji
*2 sudu kecil serbuk lada hitam
*1 sudu kecil garam
*1 sudu kecil serbuk cili
*1 sudu kecil serbuk jintan manis
*1 sudu kecil serbuk jintan putih
1/4 sudu kecil serbuk bawang putih(optional)
1 biji telur
1/2 cawan susu(fresh milk)

Cara-cara

  • Bersihkan ayam. Buang kulit kalau tak suka. Sejatkan airnya.
  • Masukkan semua bahan * ke dalam beg plastik. Tutup mulut beg plastik dan goncang-goncang biar semua bergaul sebati.
  • Campurkan susu dengan telur dan pukul sehingga sebati. Kemudian panaskan minyak.
  • Ambik 2~3 ketul ayam. Masukkan ke dalam tepung tadi. Goncang-goncangkan beg plastik, biarkan ayam bersalut dengan tepung.
  • Kemudian keluarkan ayam tadi. Celup pula ke dalam sebatian telur dan susu.
  • Masuk semula ayam ke dalam beg plastik. Goncang-goncangkan.
  • Kemudian goreng dengan minyak penuh sehingga perang atau garing.
  • Angkat dah letakkan di atas bekas yang berlapik dengan kitchen paper supaya minyak meresap pada paper.
  • Ulang langkah ke 4~5 sehingga ayam habis. Hidangkan ketika panas-panas.

Recipes : Ayam Phad Phed

Bahan-bahan ( 2 orang makan )

Bahan A (Blend)
5 biji cili padi
2 hiris halia
kunyit hidup
1 atau 2 batang serai
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Bahan B
3 keping ayam mentah dipotong dadu
1 batang serai
1 asam keping
4 helai daun limau purut
sedikit Garam dan Gula, secubit ajinomoto


Cara-cara

  • Bahan A dan tumis sehingga naik bau.. setelah kering tumisan tadi.. masukkan secawan air.
  • Kemudian masukkan bahan B, iaitu sebatang serai dititik, asam keping, ayam, daun limau purut dan garam serta gula.
  • Pastikan ayam masak sepenuhnya... Jika kurang berkuah, masukkan sedikit air mengikut citarasa sendiri. Kalau nak pedas lagi,blend cili padi lebih.
  • (boleh lebihkan asam keping, serai atau lada hitam ikut suka)

Recipes : Ayam Percik Berkuah

Bahan-bahan ( 6 - 8 orang )

Bahan A

1 ekor ayam (dipotong sederhana) - dilumurkan kunyit, garam & digoreng (jgn terlampau garing)

Bahan B (* digiling/tumbuk halus)
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
15 tangkai cili kering (dikisar)

2 batang serai (dititik)
1 biji kelapa (diambil santannya)
asam keping (4-5 keping)
gula & garam secukup rasa

Cara-cara

  • Mula-mula gorengkan ayam dan ketepikan
    Kemudian tumiskan bahan B hingga wangi
  • Masukkan 2 sudu besar cili kisar & serai dan tumiskan hingga naik minyak
  • Masukkan santan, ayam goreng, asam keping
  • Masukkan juga garam & gula secukup rasa
  • Masakkan dengan api perlahan sehingga kuah pekat.

Recipes : Ayam BBQ

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

2kg ayam
1 biji bawang besar (kalau bawang tu bersaiz kecil, guna 2 biji)
5 ulas bawang putih
2 cm halia
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 batang serai
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil garam
1 cawan gula


Cara-cara

  • Potong ayam mengikut kesukaan anda. Jika potongan tersebut besar-besar, kelar-kelar sedikit supaya ayam cepat masak. kemudian, bersih dan tos ayam tersebut.
  • Kisar semua bahan-bahan di atas sehingga hancur.
  • Masukkan bahan-bahan kisar tersebut ke dalam bekas dan campurkan dengan ayam.
  • Perap ayam tersebut 1 malam atau 2-3 malam di dalam peti ais.(lagi lama perap lagi sedap)
  • Bakar ayam di atas bara api atau dapur gas sehingga masak.

Recipes : Rendang Ayam

Bahan-bahan

1 ekor ayam-dipotong ikut suka

Bahan2 digiling:-
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
15 biji cili api
15 tangkai cili kering
1 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup

2 batang serai dititik
2 helai daun kunyit dihiris halus
4 helai daun limau purut dihiris kasar
4 cawan santan pekat
4 sudu besar kerisik
Garam, gula dan serbuk perasa (ikut suka)

Cara-cara

Masukkan ayam dan bahan giling dan serai- perap lebih kurang 1 jam.
  • Masukkan ayam ke dalam kuali.
  • Masukkan santan dan masak hingga mendidih.
  • Masukkan daun limau, daun kunyit, kerisik dan garam. masukkan juga perasa dan gula jika suka.
  • Masak ayam hingga empuk dan agak pekat. Sedia dimakan dengan pulut kuning atau nasi himpit.
  • Recipes : Cashewnut Chicken

    Bahan-bahan ( 4 orang makan )

    beberapa ketul ayam
    garam dan serbuk lada - untuk perap ayam
    tepung jagung
    3 biji cili kering - dipotong dua
    2 ulas bawang putih - dihiris
    1 biji bawang merah - dihiris besar2
    1 capsicum atau lada benggala - dipotong dadu (boleh guna capsicum merah dan hijau untuk nampak lebih cantik)
    3 sudu besar sos tiram
    2 sudu besar sos cili
    2 sudu besar sos tomato
    minyak - untuk menumis
    air
    garam dan serbuk lada secukup rasa
    kacang gajus secukupnya
    daun bawang dan daun ketumbar - untuk hiasan

    Cara-cara

    • Perap ayam dengan garam dan serbuk lada sebentar. Kemudian, salut ayam dengan tepung jagung. Deep fry ayam tadi dan ketepikan.
    • Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng cili kering dan angkatkan setelah agak kehitaman. Tumis pula bawang putih, halia dan bawang merah hingga kekuningan dan naik bau.
    • Tambah kan ayam yg telah digoreng, capsicum, sos tiram, sos cili dan sos tomato. Tambah air secukupnya. Masukkan garam dan lada secukup rasa.
    • Masukkan kacang gajus dan cili kering tadi dan teruskan memasak sehingga kuah menjadi agak pekat.
    • Hidangkan di dalam pinggan. Hias dengan daun bawang dan daun ketumbar. Siap! =)